Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: AFP

Unit Petronas beli 15 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Maselauni

ByBernama

JAKARTA, 25 Julai: Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Masela Sdn Bhd menandatangani perjanjian jual dan beli (SPA) dengan Shell Upstream Overseas Services (I) Ltd untuk membeli 15 peratus kepentingan penyertaan dalam kontrak perkongsian pengeluaran Blok Masela (Masela PSC) di Indonesia.

Pembelian itu merupakan sebahagian pembidaan bersama Petronas Masela dan rakan kongsi Indonesia, PT Pertamina Hulu Energi (PHE), iaitu kedua-dua entiti ini akan membeli keseluruhan 35 peratus kepentingan penyertaan Shell dalam Masela PSC, jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Kedua-dua pihak telah menandatangani SPA berkaitan Blok Masela yang terletak di perairan laut dalam Laut Arafura barat, Indonesia Timur hari ini.

Menurut Petronas, PHE pula akan membeli 20 peratus kepentingan penyertaan manakala pengendali Blok Masela, Inpex Masela Ltd akan memegang baki 65 peratus saham.

“Transaksi itu sedang diselesaikan tertakluk kepada kelulusan pihak kawal selia dan pemenuhan syarat duluan,” jelasnya.

Pemeteraian perjanjian itu diadakan semasa Konvensyen dan Pameran Persatuan Petroleum Indonesia kali ke-47 di sini.

Petronas diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik dan Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (Hiliran) Datuk Adif Zulkifli, manakala Shell diwakili Pengarah Kewangan bagi Pembelian, Penjualan dan NBD Asia, Soo Kuo Tong.

“Penyertaan kami membuktikan komitmen untuk menyokong sasaran pengeluaran Indonesia bagi mencapai satu juta tong minyak sehari dan 12 bilion kaki padu standard sehari gas pada 2030,” kata Tengku Muhammad Taufik.

Petronas memaklumkan pihaknya boleh menyumbang kepakaran teknikal dan memperkukuh portfolio gas asli cecair global menerusi projek itu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga rendah karbon dari Indonesia dan seluruh rantau ini.

Petronas kini ialah rakan usaha sama dalam enam PSC yang terletak di darat dan luar pesisir di Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur, serta di Indonesia Timur.

Syarikat tenaga global ini juga ialah pengendali PSC Ketapang, PSC Ketapang Utara dan PSC Madura II Utara, yang terletak di luar pesisir di Jawa Timur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan