Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga anggota polis yang bertugas di sebuah balai polis di Bukit Mertajam dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi mendapatkan perintah reman. Foto: TVS.

Tiga polis direman kes minta rasuah RM3,000

GEORGE TOWN, 25 Julai: Tiga anggota polis direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki yang ditahan mereka pada Khamis lalu.

Perintah reman sehingga 27 Julai depan terhadap dua suspek berpangkat koperal dan seorang konstabel tersebut dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka yang berusia 20, 36 dan 38 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini ketika diambil keterangan kira-kira pukul 7.25 malam tadi.

Ujar sumber itu, mereka yang bertugas di sebuah balai polis di Bukit Mertajam dikatakan telah menahan seorang lelaki bermotosikal kira-kira pukul 7.15 malam pada 20 Julai lalu di Jalan Berapit, Bukit Mertajam.

“Ketiga-tiga orang kena tahan (OKT) yang menaiki kereta peronda jenis Honda Civic telah membuat pemeriksaan dan mendapati cukai jalan motosikal dinaiki lelaki itu telah tamat tempoh serta memiliki sebungkus air ketum dan beberapa kotak rokok.

“OKT ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM3,000 daripada individu tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan