Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata program yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan dekat sini, pertama kali diperluasĀ di Sabah. Foto: Bernama.

Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini – Pkharuddin

ByBernama

NILAI, 25 Julai: Sebanyak RM650 juta daripada keseluruhan RM1.4 bilion peruntukan bagi menambah baik bangunan sekolah daif di seluruh negara akan diagihkan kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, ia termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelajar dan semangat untuk mereka hadir ke sekolah.

ā€œPelaksanaan segera…Kita dah ada senarai semua, sekolah mana, berapa banyak…yang penting Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan memastikan pelaksanaan bagi baik pulih bangunan daif di sekolah disegerakan.

ā€œDaripada jumlah itu, setiap sekolah peroleh RM70,000 untuk penyelenggaraan kecil termasuk tandas, sebab itu juga antara fokus Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau tandas sempurna anak-anak seronok ke sekolah,ā€ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Ke-30 Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Malaysia MADANI pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.4 bilion bagi menambah baik bangunan sekolah yang daif di seluruh negara tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan