Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu mengunjungi reruai SAGO Fest 2023. Foto: SAGO Incubator

Penganjuran SAGO Incubator pupuk pertumbuhan ekonomi negeri

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Julai: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu menyifatkan penganjuran program Sarawak Gastronomy (SAGO) Incubator memupuk pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurutnya, program berkenaan yang menjadi platform mempromosi bakat tempatan juga memberikan impak yang transformatif kepada usahawan yang mengambil bahagian.

Program SAGO Incubator berperanan dalam mengangkat Sarawak sebagai destinasi makanan terkemuka di pentas antarabangsa, selain membina ekosistem makanan berkembang pesat.

Seramai 11 peserta program telah menerima bimbingan daripada pihak industri yang berpengalaman bagi membolehkan usahawan-usahawan membolehkan mereka memperhalusi model perniagaan, selain membangunkan masakan yang menggambarkan intipati budaya makanan Sarawak.

Majlis penutupan program, SAGO Fest telah dianjurkan di The Hills, di sini pada 22 dan 23 Julai 2023 melibatkan 80 vendor yang menawarkan pelbagai jenis makanan unik negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan