Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis merampas kira-kira 10 kg dadah dan menyita barang kemas menerusi serbuan ke atas sebuah rumah di Ipoh, kelmarin. Foto: IPK Perak

Pasangan suami isteri ditahan simpan 10 kg dadah dalam kereta depan rumah

IPOH, 25 Julai: Sepasang suami isteri dan adik perempuan mereka diberkas polis bersama lebih 10 kilogram (kg) dadah jenis heroin yang disorokkan di dalam sebuah kereta dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Jelapang di sini kelmarin.

Suspek lelaki berusia 30 tahun serta dua wanita berusia 27 dan 19 tahun itu ditahan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak melakukan serbuan pada kira-kira 3 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan dibuat ketika ketiga-tiga individu terbabit berada di rumah tersebut.

“Pemeriksaan di dalam sebuah kereta yang berada di kawasan rumah itu menjumpai dadah dipercayai jenis heroin dengan anggaran berat 10,713 gram bernilai kira-kira RM88,917.90.

“Turut dirampas pada serbuan terbabit ialah peralatan yang dipercayai bagi membungkus dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Yusri, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki yang bekerja pemandu lori dan isterinya yang tidak bekerja positif dadah jenis morfin.

“Siasatan mendapati sindiket ini aktif dalam kegiatan mengedar dadah sejak September 2022 bagi pasaran Perak.

“Dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 15,000 orang penagih,” katanya lagi.

Beliau berkata, polis menyita 22 unit barang kemas bernilai RM82,668 serta tiga kenderaan iaitu lori, motosikal dan kereta bernilai RM109,500 bagi membantu siasatan.

Ujarnya, pasangan suami isteri itu direman seminggu bermula semalam, manakala adik perempuan suspek wanita direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan