Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas masalah teknikal yang dialami oleh pengguna hari ini. Foto Maybank

Maybank sahkan pengguna aplikasi digitalnya alami gangguan teknikal

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 25 Julai: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan perkhidmatannya di aplikasi MAE dan platform web mereka mengalami gangguan pagi tadi.

Menerusi kenyataan media, syarikat itu memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas.

Kata Maybank, semua aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan web Maybank2u telah kembali normal selepas gangguan berjaya diatasi.

“Semua pengguna boleh melakukan transaksi perbankan merentasi semua platform dalam talian kami seperti biasa,” kata bank itu petang tadi.

Maybank turut memaklumkan, pelanggan yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti platform media sosialnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan