KUCHING, 25 Julai: Kelab bola sepak Kuala Lumpur City Football Club (KL City FC) berdukacita terhadap insiden yang menimpa penyokongnya ketika perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, pada Sabtu lepas.
KL City FC berkata, kelab itu bersimpati terhadap penyokong dan ahli keluarga mereka yang terkesan akibat insiden tidak diingini itu yang melibatkan anggota keselamatan di stadium.
“Kami berdiri teguh bersama – sama penyokong pada saat sukar ini dan akan menghulurkan bantuan yang diperlukan,” jelas kelab itu menerusi kenyataan media hari ini.
Pada masa sama, KL City FC turut mengecam tindakan keganasan sama ada melibatkan penyokong mereka atau pihak lain.
“Kelab bersedia untuk memberi kerjasama kepada proses siasatan yang sedang dilakukan oleh polis selepas laporan dibuat oleh salah seorang penyokong,” jelas kelab itu lagi.
Penonton final bola sepak Piala FA patah hidung, dakwa dipukul anggota JMF
Semalam, seorang penyokong skuad Warga Kota membuat laporan mendakwa dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF) di stadium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner (ACP) Rahmat Ariffin berkata, mangsa mengalami patah hidung dan cedera di muka dan kepala serta ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perlawanan itu menyaksikan JDT muncul selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 2-0. -TVS