Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pokok boleh digunakan untuk menyimpan karbon dioksida. Foto: Saibi Gi (TVS)

Tanah NCR termasuk dalam inisiatif ekonomi baharu perdagangan karbon – Uggah 

ByDayu Adruce

BETONG, 24 Julai: Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini akan dimasukkan dalam inisiatif berasaskan perdagangan karbon. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia khas bagi pemilik tanah NCR yang mempunyai pokok besar.  

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama penerima geran dari 94 rumah panjang dari DUN Bukit Saban. Foto: MIPD. 

Kerajaan masih meneliti proses pembayaran berkaitan inisiatif tersebut kepada pemilik tanah NCR yang terlibat. 

“Pokok boleh digunakan untuk menyimpan karbon dioksida dalam usaha mengurangkan kesan perubahan iklim dan pemanasan global.  

“Tanah NCR itu boleh digunakan sebagai tambahan kepada kawasan tanah yang luas masih di bawah liputan hutan di negeri ini,” katanya pada pertemuan bersama pemilik tanah NCR dari Kubal Ili, Kubal Tengah dan Kubal Ulu di Rh. Mendit Usu di Penom, semalam.  

Pada pertemuan tersebut, Uggah turut menyampaikan geran berjumlah RM393,000.00 kepada Biro Wanita dari 94 rumah panjang dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.  

Dalam pada itu, Uggah menasihatkan semua pemilik tanah di tiga kawasan itu supaya hadir untuk tinjauan bagi menentukan perkara-perkara seperti sempadan dan sebagainya.  

“Kami sering mengalami masalah ini apabila pada tarikh yang dipersetujui, beberapa pemilik tanah yang tinggal di tempat lain tidak hadir,” ujarnya.

Beliau menasihatkan penduduk rumah panjang supaya membentuk jawatankuasa sendiri bagi memudahkan Jabatan Tanah dan Survei melakukan pengukuran.  

Berkaitan isu lain pula, beliau memaklumkan bahawa kerajaan melalui Agensi Pembangunan Betong (BDDA) akan mewujudkan program sosioekonomi yang berkaitan untuk membantu rakyat menjana pendapatan. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan