Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama pelakon‘ Enjoy Your Stay’ yang menjalani penggambaran penuh di Sarawak. Foto Yusuf Shukri (TVS)

Sarawak sasar jadi hab industri hiburan kedua di Malaysia selepas KL – Abdul Karim

ByYusuf Shukri

KUCHING, 24 Julai: Kerajaan Sarawak menyasarkan wilayah ini akan menjadi hab hiburan kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, meskipun industri kreatif masih ‘muda’ di sini, namun Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memacu pertumbuhan sektor berkenaan.

Abdul Karim berkata, pembentukan kementerian khusus oleh Kerajaan Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri 2021 membuktikan mereka serius dan menyedari kepentingan industri berkenaan terhadap pembangunan.

“Setakat ini, kerajaan melalui kementerian saya membantu sekolah seni, bekerjasama dengan universiti tempatan seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta universiti lain. 

“Kita faham usaha membangunkan industri ini memakan masa namun Kerajaan Sarawak akan terus menggerakkan industri ini dan berharap satu hari nanti, kita akan menjadi salah satu hab industri seni selain Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan drama bersiri ‘Enjoy Your Stay’ terbitan Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan disiarkan hujung tahun ini.

Abdul Karim memberitahu, antara inisiatif lain yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak termasuk menubuhkan Pusat Seni Persembahan yang akan mengambil konsep Istana Budaya di ibu negara.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Program TV, Jabatan Penyiaran Malaysia, Abdull Hadi Mohd Yusoff berkata, drama berkenaan melakukan sepenuh penggambaran di Sarawak iaitu di Damai Beach Resort, Santubong.

“Selain menggunakan bahasa baku, drama ini juga akan mengetengahkan dialek tempatan suku kaum Iban dan Bidayuh.

“Ini merupakan kali pertama penggambaran dibuat di Sarawak dengan penglibatan seorang pempengaruh media sosial, Aisar Khaleed yang memegang watak utama,” tambah Abdull Hadi.

‘Enjoy Your Stay’ merupakan drama bergenre misteri komedi mengisarkan tentang kehilangan Tuan Rudi, pengurus Damai Beach Resort sehingga menyebabkan Beber (Aisar) dan Harris Alif sebagai Sean terpaksa menjadi sebagai ‘Pengurus Segera’ hotel tersebut.

Selain Aisar dan Harris, drama ini turut dibintangai oleh Azam Pitt, Nur Risteena, Sangeeta Krishnasamy dan Ruby Ooi serta penampilan khas Anding Indrawani dan Dewi Liana Seriestha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan