KUCHING, 24 Julai: Projek naik taraf dan pembesaran Jalan Matang kini 2.17 peratus mendahului jadual, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Aidel Lariwoo.
Menurutnya, kemajuan projek sepanjang 4.4 kilometer itu kini sekitar empat peratus.
“(Pembinaan jalan ini bermula) dari jambatan Sungai Maong Paroh ke simpang Jalan Matang/ Malihah/ Batu Kawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Naik taraf dan pembesaran Jalan Matang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan
Kerja-kerja menaik taraf jalan dua lorong kepada empat lorong itu dijadual siap pada Mei 2025 dengan kontrak 24 bulan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata cabaran utama dalam projek ini ialah kerja-kerja mengalih kabel elektrik dan saluran paip air.
Aidel dan Fazruddin meninjau kemajuan pelaksanaan projek berkenaan, hari ini. – TVS