Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah. Foto: BERNAMA

MetMalaysia keluar nasihat taufan Doksuri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Julai: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada di kedudukan kira-kira 430 km ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 pagi, taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15 km/j dan kelajuan angin boleh mencapai maksimum 130 km/j.

MetMalaysia bagaimanapun berkata, taufan Doksuri tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan