Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jojo tidak melepaskan peluang bergambar bersama Dato Awie dan Joe Flizzow. Foto ihsan: Jojo

Jojo terkejut nama disebut Joe Flizzow, Awie di Konsert Rakyat

BySaibi Gi

KUCHING, 24 Julai: Ramai yang masih tak boleh ‘move on’ dengan kehangatan Konsert Rakyat pada Sabtu lepas.

Rupa-rupanya atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, pun turut menonton konsert yang diadakan sempena Hari Sarawak.

Jiwai mesej yang disampaikan menerusi upacara sempena Hari Sarawak – Abdullah

Pada konsert yang menghimpunkan lebih 30,000 penonton itu, nama Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo diumumkan oleh Joe Flizzow dan Dato Awie ketika melakukan persembahan di atas pentas di Padang Merdeka.

“Joe Flizzow yang jemput saya (datang ke konsert). Dia mesej saya menerusi Instagram…datanglah dan jumpa di belakang pentas.

Jiwai mesej yang disampaikan menerusi upacara sempena Hari Sarawak – Abdullah

“Selepas bergambar dengan Joe Flizzow saya bergambar dengan Dato Awie yang bertanya adakah saya atlet Muay Thai, saya jawab ya dan terus berkenalan,” katanya kepada TVS.

Jojo mengakui agak terkejut apabila Joe Flizzow dan Awie mengumumkan namanya ketika di atas pentas.

Para penonton konsert yang turut menampilkan kumpulan Ungu itu, bersorak dan tidak melepaskan peluang bergambar dengan Jojo.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan