Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan pada 12.05 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai. Foto: BERNAMA

Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan

ByBernama

PONTIAN, 24 Julai: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan pada pukul 12.05 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Pulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu disembahyangkan sebanyak lima kali di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, Serkat termasuk diimamkan oleh anak sulungnya Iskandar Zulkarnain Salahuddin, 37, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM terkesan pemergian Salahuddin Ayub

Ribuan rakan politik, saudara mara, sahabat handai dan orang ramai hadir di masjid berkenaan serta di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada  Allahyarham yang amat dedikasi dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh.

Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah

Terdahulu, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan