Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan hampir 160 anggota dan 39 trak bomba. Foto: AP

11 maut dalam runtuhan bumbung gimnasium sekolah di China

ByAP

BEIJING, 24 Julai: Seramai 11 orang maut disahkan maut dalam kejadian runtuhan bumbung gimnasium di sekolah di Timur Laut China, lapor media kerajaan hari ini.

Menurut agensi berita Xinhua, bumbung gimnasium Sekolah Menengah No. 34 di Qiqihar, wilayah Heilongjiang itu runtuh pada petang semalam.

Setakat pukul 5.30 pagi tadi, seramai 14 mangsa berjaya dikeluarkan dengan empat orang maut di lokasi kejadian manakala enam meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Rakaman yang disiarkan media kerajaan, CCTV menunjukkan keseluruhan bumbung itu runtuh manakala pasukan bomba sedang mencari mangsa terperangkap.

“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan hampir 160 anggota dan 39 trak bomba,” menurut CCTV.

Siasatan awal mendapati pekerja binaan meletakkan ‘perlite’ iaitu sejenis sebatian pepejal kaca gunung berapi di atas bumbung.

Hujan lebat menyebabkan perlite mengembang dan mengakibatkan bumbung runtuh, lapor Xinhua.

“Mereka yang bertanggungjawab telah ditahan polis,” lapor agensi berita negara itu.

Kemalangan industri merupakan perkara biasa di China yang disebabkan oleh kelonggaran piawaian keselamatan dan penguatkuasaan yang lemah.

Sebelum ini kemalangan paling teruk berlaku pada 2015 di Tianjin apabila letupan besar di sebuah gudang kimia mengorbankan 165 orang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan