Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 30,000 pengunjung yang memadatkan setiap ruang di Padang Merdeka sempena Konsert Rakyat semalam. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sambutan hangat Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka capai matlamat – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Julai: Sambutan hangat oleh rakyat Sarawak terhadap acara – acara sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dilihat mencapai matlamat penganjurannya, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, pencapaian berkenaan merupakan kejayaan bermakna buat kementeriannya selaku penganjur utama acara berkenaan.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat gembira, kita boleh lihat sambutan terhadap acara perbarisan, Konsert Rakyat dan pameran digital.

“Jumlah peserta bagi konvoi pula terpaksa dihadkan kerana terlalu ramai ingin sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Sarawak 2023 di Kota Samarahan, hari ini.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Majlis Pembukaan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Sarawak 2023 di Kota Samarahan, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Dalam pada itu, Abdul Karim mengakui terkejut dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung pada Konsert Rakyat.

Kata beliau, penganjuran konsert itu juga berjaya menarik kehadiran pelancong luar ke Sarawak.

“Ada yang datang dari Semenanjung Malaysia, Brunei dan Indonesia untuk menyaksikan persembahan artis yang kita jemput.

“Ada juga pengunjung dari luar Kuching yang datang untuk memberi sokongan,” katanya.

Konsert itu menampilkan penyanyi terkemuka tanah air antaranya, Datuk Awie, Kumpulan Dolla dan Joe Flizzow.

Kumpulan Ungu dari Indonesia pula diberi penghormatan untuk membuat persembahan penutup.

Kemuncak acara menyaksikan pertunjukkan bunga api yang bergemerlapan menerangai kawasan di sekitar pusat bandar raya. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan