Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejayaan Bertrand Rhodit layak ke Sukan Olimpik tahun depan turut mendapat perhatian Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto TVS.

Premier Sarawak bangga kejayaan Bertrand Rhodict ke Olimpik Paris 2024

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Julai: Kejayaan penerjun Sarawak, Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama layak beraksi secara merit pada Sukan Olimpik Paris 2024 turut mendapat perhatian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Abang Johari berbangga dengan prestasi cemerlang dipamerkan oleh atlet berkenaan.

TERKINI : Bertrand Rhodict muncul atlet Malaysia pertama layak ke Olimpik Paris 2024

“Ini kerana Premier Sarawak turut mengikuti perkembangan atlet kita yang beraksi mewakili negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Sarawak 2023 di Kota Samarahan di sini hari ini.

Bertrand Rhodict, 18, mengesahkan tiket ke temasya berkenaan apabila muncul 12 penerjun terbaik acara 10 meter platform lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia, di Fukuoka, Jepun, Jumaat lepas.

TERKINI : Bertrand Rhodict muncul atlet Malaysia pertama layak ke Olimpik Paris 2024

Dalam saingan akhir semalam, juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 itu menduduki tempat ke-10 selepas memungut 442.35 mata.

Penerjun Australia, Cassiel Rousseau mencipta kejutan apabila meraih emas serta menewaskan dua peserta pilihan dari China, Junjie Lian dan Hao Yang.

Sementara itu, Abdul Karim turut mengucapkan tahniah kepada Bertrand Rhodict.

“Pencapaian yang sangat memberangsangkan dan saya percaya lebih ramai atlet Malaysia akan mengiringinya ke temasya sukan tertinggi itu,” katanya. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan