Ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong meraih gangsa individu Sukan Asia hari ini. Foto fail Bernama.

Kaji semula syarat wajibkan enam pasukan bertanding acara SUKMA – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Julai: Sarawak mencadangkan supaya kajian semula dilaksanakan berhubung syarat mewajibkan enam pasukan mendaftar bagi membolehkan sukan tertentu dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA).

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawannya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sekiranya peraturan itu dikekalkan, beberapa acara berisiko digugurkan pada temasya berkenaan di Sarawak tahun depan.

Kata Abdul Karim, antara yang menjadi kerisauan beliau ialah mengenai nasib sukan terjun yang kurang penyertaan.

Perkembangan sukan terjun negara ‘dicacatkan’ oleh mereka – Abdul Karim

“Selaku tuan rumah kita boleh mencadangkan untuk tawarkan banyak pingat dalam sukan terjun namun sekiranya syarat penyertaan tidak dicapai, sukan itu terpaksa digugurkan.

“Oleh itu saya berharap agar Kementerian Belia dan Sukan dapat melihat dalam pespektif yang lain. Kalau kita hendak membangunkan sukan ini, syarat enam negeri bertanding perlu dikurangkan kepada tiga negeri sahaja.

“Perkara ini dapat dilaksanakan memandangkan Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak akan bertanding dalam acara terjun,” katanya.

Penganjur SUKMA ‘bimbang’ atlet Sarawak sapu pingat taekwondo, sindir Abdul Karim

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya sama ada Sarawak selaku tuan rumah akan menawarkan banyak pingat dalam terjun pada SUKMA memandangkan negeri ini merupakan kuasa utama sukan berkenaan. 

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Karim akui Sarawak cemerlang dalam sukan terjun sejak era Dato Pandelela Rinong.

Sarawak ikrar anjur SUKMA 2024, terbaik – Abdul Karim

“(Beliau juga) telah mengangkat sukan ini dan menjadikan sebagai acara yang diminati ramai.

“Sarawak konsisten membangunkan sukan terjun,” katanya.

Terdahulu, Abdul Karim hadir menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Sarawak 2023 di sini, hari ini. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan