Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana meriah dengan perarakan sempena Sambutan Hari Sarawak di Padang Merdeka hari ini. Foto Saibi Gi (TVS)

Pemimpin Sarawak terdahulu letakkan asas kukuh – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 22 Julai: Pemimpin – pemimpin Sarawak terdahulu telah meletakkan asas yang kukuh untuk menyatupadukan rakyat, merencana pembangunan dan memodenkan ekonomi Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, barisan pemimpin seperti Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Datuk Tawi Seli, Tun Abdul Rahman Ya’akun, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Tun Pehin Sri Adenan Satem telah berusaha untuk mengangkat martabat Sarawak mengikut suasana dan keperluan pada era masing – masing.  

Sempena hari bersejarah ini, Abang Johari turut memberi penghargaan istimewa kepada Adenan yang berusaha bagi pengembalian hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). 

“Allahyarham Pehin Sri Adenan telah memulakan inisiatif untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis ketika beliau memegang tampuk kepimpinan Kerajaan Sarawak.

“Seluruh rakyat Sarawak menyanjungi perjuangan yang telah dimulakan oleh beliau untuk mengangkat maruah dan martabat Sarawak Ibu Pertiwi kita sebagai sebahagian daripada wilayah yang menubuhkan Malaysia. Terima kasih Tok Nan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan dan perarakan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan