KUCHING, 22 Julai: Lebih 30,000 pengunjung membanjiri Padang Merdeka Kuching untuk menyaksikan Konsert Rakyat sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di sini, malam ini.
Penampilan artis jemputan pertama, kumpulan Floor 88 dilihat menggegarkan pentas utama dengan lontaran beberapa lagu popular mereka iaitu Zalikha, Kong Kali Kong, dan Hutang.
Selain Floor 88, Datuk Awie, Kumpulan Dolla, dan Kumpulan Ungu dari Indonesia turut membuatkan para penonton setia di sini menanti kemunculan artis yang diminati mereka.
Kemeriahan semakin terasa apabila kemuncak acara menyaksikan konsert itu bermandi cahaya dengan  pertunjukkan bunga api malam ini.
Perarakan Hari Sarawak dan konsert tampilkan Ungu di TVS sempena Hari Sarawak
Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, pelbagai acara telah disajikan sejak awal pagi tadi seperti acara perhimpunan dan perarakan Hari Sarawak yang melibatkan 75 kontinjen, Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan, dan Majlis Jamuan Negeri yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. – TVS