Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Envato.

Kakitangan kerajaan rugi RM29,800 ditipu sindiket ‘Phone Scam’

SIBU, 22 Julai: Seorang wanita di sini kerugian RM29,800 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Phone Scam’ dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, wanita tempatan berusia 20-an yang merupakan kakitangan kerajaan menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran dari Kuala Lumpur pada Khamis.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa terdapat bungkusan dari mangsa telah tamat tempoh dan di dalam bungkusan tersebut mengandungi satu kad pengenalan, dan empat keping kad bank.

“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang kononnya seorang pegawai polis dan meminta mangsa memberi maklumat perbankan miliknya.

“Mangsa kemudian telah menerima pesanan ringkas meminta mangsa melapor diri dengan menghantar gambar bagi tujuan siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bimbang dan takut, mangsa telah menurut semua arahan yang diberikan oleh suspek.

Menurut Zulkipli, mangsa telah menerima satu pesanan ringkas menyatakan terdapat satu transaksi pindahan wang berjumlah RM 29,800 ke dalam satu akaun bank tempatan yang tidak diketahui.

“Mangsa berasa curiga dan menyedari telah diperdaya oleh suspek kemudian membuat laporan polis di balai berdekatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM. Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan