Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masyarakat berbilang kaum di Sarawak menyertai perarakan sempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun di Padang Merdeka, di sini yang menonjolkan suasana harmoni yang sinonim dengan Sarawak. Foto Fiqri Razak (TVS)

Foto kemeriahan Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun

Suasana meriah dan berwarna warni dapat diperhatikan di Padang Merdeka, Kuching hari ini sempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 tahun hari ini.

Sejak awal pagi, ribuan pengunjung membanjiri kawasan sekitar untuk menyaksikan detik bersejarah itu.

Perhimpunan dan Perarakan Hari Merdeka Sarawak 2023 yang merupakan salah satu acara utama pula melibatkan penyertaan sebanyak 75 kontinjen dan anggaran 3,000 peserta.

Majlis turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin – pemimpin utama Kerajaan Sarawak.

Berikut merupakan foto – foto menarik sambutan yang sempat dirakam.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin kerajaan negeri mengibarkan bendera Sarawak sempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun di sini hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)
Upacara menaikkan bendera Sarawak sempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun di Padang Merdeka hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)
Dari kiri, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengibarkan bendera Sarawak sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka hari ini. Foto UKAS.
Peserta memperagakan pakaian seragam lama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Perhimpunan dan Perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, hari ini. Foto BERNAMA
Masyarakat Orang Ulu turut menyertai perarakan Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun dengan berbusana tradisi kaum itu di sini hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)
Orang ramai mula memenuhi jalan berhampiran Padang Merdeka bagi memeriahkan Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)
Warga TVS turutn menyertai perarakan hari ini yang bertemakan Bertemakan Sarawak Maju Makmur. Foto Ahmad Nasrullah TVS.
Kontinjen Bintulu Port Holdings yang sertai pertandingan perarakan muncul pemenang tempat ketiga bagi kategori bagi kategori Badan Berkanun Pihak Berkuasa Tempatan dan GLC. Foto Saibi Gi (TVS)
Sebahagian orang ramai yang hadir menyaksikan perarakan sempena sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun di Padang Merdeka, di sini hari ini. Foto Saibi Gi (TVS)
Sebahagian daripada penyampai berita TVS yang turut bersemangat menyertai perarakan pada pagi tadi. Foto Fiqri Razak (TVS)
Kepelbagaian kaum di Sarawak jelas terpancar menerusi perarakan Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan