KUCHING, 22 Julai: Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri merangkul Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di Istana Budaya, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Bell yang sudah berada selama 37 tahun dalam industri hiburan berjaya mengenepikan Meerqeen, Aina Abdul dan Anna Joblin.
Sebelum ini, ‘Barkoba’ mencetus fenomena di media sosial apabila netizen bersatu hati berkempen untuk mempertaruhkan Bell,43, akan membawa pulang trofi utama anugerah berkenaan.
Terdahulu Bell atau pemilik nama, Nasrizal Ngasri meraih trofi Artis Komedi Popular menewaskan calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.
Pelakon veteran itu mula menjadi sebutan ramai sejak memegang watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam drama 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid.