Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pelanggan Restoran Serapi Corner yang menikmati Laksa Sarawak percuma bersempena dengan sambutan Hari Sarawak hari ini, di sini. Foto: Serapi Corner

600 laksa Sarawak percuma sempena Hari Sarawak yang ke-60 tahun

ByNurul Amarlina

KUCHING, 22 Julai: Bersempena Sambutan Hari Sarawak, Restoran Serapi Corner mengagihkan sebanyak 600 mangkuk Laksa Sarawak secara percuma kepada orang ramai hari ini.

Menurut restoran itu, inisiatif berkenaan dilakukan sebagai usaha untuk memperkenalkan makanan warisan Sarawak kepada ramai orang.

“Laksa Sarawak dipilih kerana ia merupakan hidangan ikonik di sini,” jelas restoran itu menerusi kenyataan.

 

Antara pelanggan Restoran Serapi Corner yang menikmati Laksa Sarawak percuma bersempena dengan sambutan Hari Sarawak hari ini, di sini. Foto: Serapi Corner

Sebagai entiti perniagaan di Bumi Kenyalang, Serapi Corner juga berharap mereka akan terus menerima sokongan daripada masyarakat tempatan dan terlibat dalam usaha memajukan Sarawak.

Serapi Corner merupakan sebuah restoran terkenal di Kuching yang menyajikan masakan Melayu asli yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Serapi Group sebelum ini juga telah menubuhkan Serapi Care bagi memberi khidmat dan melaksanakan pelbagai program untuk masyarakat di Kuching.

Mereka juga bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak pada Ramadan lepas untuk memberi bantuan kepada keluarga yang memerlukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan