KUCHING, 21 Julai: Syarikat perkhidmatan kereta sewa terbesar di Malaysia, TREVO, kini melebarkan sayapnya ke bandar raya ini.
Perkhidmatan kereta sewa ini membolehkan pelanggan menyewa kereta mengikut keperluan dan kehendak mereka daripada mana-mana hos TREVO yang berdekatan.
Sempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, TREVO menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi tempahan kereta di Kuching bermula sekarang hingga 3 September ini.
Untuk pengguna baharu, anda boleh menikmati diskaun 50 peratus untuk tempahan pertama dengan menggunakan kod promosi TREVOXSMG50 manakala kod promosi TREVOXSMG30 boleh digunakan apabila anda memandu sekitar Kuching (tertakluk terma dan syarat).
Sementara itu, TREVO juga menyediakan pelbagai promosi yang boleh digunakan menerusi aplikasi mereka. Lihat panduan TREVO ini untuk mendapatkan pelbagai tips berkaitan aplikasi TREVO.Â
Pada masa sama, TREVO juga boleh menjadi saluran pendapatan tambahan bagi mereka yang mempunyai kereta lebih atau kurang digunakan dengan menyewakan kereta tersebut menerusi aplikasi ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara memperoleh pendapatan sebagai Hos TREVO, anda boleh pergi ke web Komuniti Hos TREVO.
Selain Kuching, perkhidmatan TREVO juga boleh dinikmati di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Seremban, Kota Kinabalu dan Langkawi. – TVS