Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Mohd Yusof Noor menyerahkan Keahlian Kehormat PERKIM kepada Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur I di sini Kuching. Foto: TVS

Tadbir urus yang adil, kepimpinan Abang Johari wajar diteladani – PERKIM

KUCHING, 21 Julai: Kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg wajar dicontohi kerana cemerlang dalam menguruskan kesejahteraan masyarakat majmuk di Sarawak.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Tan Sri Mohd Yusof Noor berkata tadbir urus yang adil terhadap semua kaum telah meletakkan perpaduan sebagai asas keharmonian.

“Pada pandangan PERKIM inilah yang kita kehendaki iaitu pemimpin yang bijaksana,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di sini, hari ini.

Yusof berkata lagi, ia harus dijadikan teladan yang baik kepada generasi kepimpinan masa depan yang mementingkan kesejahteraan komuniti.

Dalam kunjungan hormat tersebut, beliau turut menyampaikan Keahlian Kehormat PERKIM kepada Abang Johari.

“Ini adalah satu penghormatan PERKIM kepada beliau dan kita yakin beliau mampu memberi khidmat yang baik bukan sahaja kepada semua kaum,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan