Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sains, Teknologi dengan Inovasi Malaysia Chang Lih Kang bersama Pengerusi Kaunsil Petrosains, Datin Anita Azrina Aziz bejadika Petrosains RBTX Challenge 2023 di Kuala Lumpur. Foto: Petrosains

Panggilan terakhir Pertandingan Petrosains RBTX Challenge 2023 pada 31 Julai

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 21 Julai; Peminat robotik di negeri ini dipelawa untuk menyertai Pertandingan Petrosains RBTX Challenge.

Tarikh tutup pertandingan yang memasuki tahun kelima itu adalah pada 31 Julai 2023.

Ia telah diperkenalkan oleh Petrosains, The Discovery Centre, merupakan sebuah wadah impak sosial PETRONAS dalam usahanya memperkasakan ilmu dalam bidang pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Menurut kenyataan rasmi Petrosains, pertandingan tersebut kembali lagi pada tahun ini dengan menerapkan elemen kelestarian sepanjang acara tersebut untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda mengenai pembangunan yang mampan dan inklusif.

“Selain membantu penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dan keupayaan untuk berinovasi, pertandingan ini telah dianjurkan untuk melatih para pelajar sekolah dalam bidang rekaan, pengekodan dan latihan sensor asas dalam penciptaan robot,” menurut kenyataan.

Ini termasuklah jelas kenyataan itu bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang perkembangan era digital yang didorong oleh teknologi canggih seperti robotik, artificial intelligence (AI) dan IOT.

“Pertandingan ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan antara kategori yang akan ditampilkan nanti adalah Robo Sumo, Robo Tracer dan Innovation,” ujarnya.

Bagi kategori Robo Tracer (Junior), peserta berumur antara 7 hingga 12 tahun akan diuji untuk mencipta robot yang mampu mengumpul dan mengasingkan sisa boleh dikitar semula dan sisa yang tidak boleh dikitar semula ke dalam bekas sampah komunal yang disediakan di taman bandar.

Untuk kategori Robo Tracer (Advance) pula, peserta berumur antara 13 hingga 17 tahun perlu mencipta robot yang boleh mengumpul dan menyusun bahan-bahan di kawasan yang telah ditetapkan.

Tujuan kategori berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat cara untuk mengatasi masalah longgokan serta memanfaatkan ruang secara lebih efisien.

Manakala kategori Innovation (Open) yang dibuka kepada peserta tempatan berumur 10 dan ke atas berfokuskan kepada 7 matlamat SDG yang diutamakan oleh PETRONAS.

Untuk kategori Innovation (Junior) ini, peserta berumur antara 7 hingga 12 tahun akan diberi tugas untuk menghasilkan idea dan penyelesaian inovatif dalam membina prototaip menggunakan Microcontroller.

Akhirnya, bagi kategori Innovation (Advance) , peserta tempatan dan antarabangsa berumur antara 13 hingga 17 tahun akan dicabar untuk menghasilkan idea dan penyelesaian inovatif dalam membina prototaip Microcontroller dan internet of things (IOT).

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mengunjungi Playsmart Kuching di Pusat Sivik Kuching atau layari RBTX Challenge 2023 (petrosains.com.my) untuk mendapatkan maklumat yang lanjut.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan