Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan kru produksi Sumpahan Jerunei ketika tayangan perdana filem berkenaan di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Abdul Karim galak penulisan mengenai kepercayaan lama masyarakat di Sarawak

KUCHING, 21 Julai: Tradisi dan kepercayaan lama wajar dikaji dan ditulis dalam bentuk jurnal agar generasi baharu mengetahui amalan masyarakat zaman dahulu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kekurangan bahan bacaan atau jurnal merupakan punca generasi baharu kurang mengetahui amalan lama.

Selain itu, setelah mempunyai pegangan agama Islam, Kristian dan lain-lain, tradisi dan kepercayaan lama ditinggalkan.

“Namun begitu kita masih perlu menghormati budaya dan mereka yang pernah percaya serta mengamalkan (sesuatu) ritual sebelum kedatangan atau pengaruh agama muncul.

“Pada masa sama perlu ada banyak penulisan artikel atau journal oleh mereka-mereka yang mahu mendalami dan mempelajari sejarah ritual-ritual ini agar ia tidak dilupakan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan tayangan perdana filem Sumpahan Jerunai di sini, malam tadi.

Filem tersebut mengisahkan bukan sekadar mengangkat elemen seram malah turut mendokumentasikan sejarah serta misteri pembinaan Jerunei sebagai tiang pengebumian untuk golongan bangsawan Melanau.

Abdul Karim berkata, kerajaan khususnya kementeriannya sentiasa memberikan galakkan kepada penyelidik atau pengkaji sejarah menyediakan artikel dan jurnal mengenai ritual-ritual masyarakat yang terdapat di Sarawak.

Inisiatif itu katanya, bukan sahaja dapat membantu mendokumentasikan ritual-ritual tersebut malah ia turut menjadi sumber bacaan dan rujukan genarasi akan datang yang ingin mengetahui dan mempelajari adat dan budaya di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan