Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai polis berkawal di kawasan berhampiran lokasi kejadian tembakan di tengah Auckland pada 20 Julai 2023. Foto: AFP.

Tiga maut dalam insiden tembakan di Auckland

ByBernama

WELLINGTON, 20 Julai: Tiga termasuk seorang lelaki bersenjata maut, manakala enam lagi cedera dalam insiden membabitkan senjata api di Auckland, kata Perdana Menteri Chris Hipkins pada Khamis.

Beliau berkata mereka yang cedera dibawa ke Hospital Auckland termasuk seorang anggota polis, lapor Agensi Berita Xinhua. 

Penilaian pegawai mendapati tiada risiko keselamatan negara dan tiada perubahan kepada tahap ancaman keselamatan New Zealand, kata Hipkins kepada media.

Suspek itu bersenjatakan selaras senapang angin. Penyerang itu bergerak melalui sebuah tapak binaan dan melepaskan tembakan, kata Hipkins.

“Apabila sampai di tingkat atas bangunan, polis terserempak dengan lelaki itu yang berada dalam lif, tembakan dilepaskan dan suspek dikesan tidak lama kemudian,” kata perdana menteri.

Lapan tembakan kedengaran, menurut saksi.

Jalan-jalan menghubungkan lokasi kejadian ditutup dan orang ramai diminta untuk kekal di dalam rumah.

Datuk Bandar Auckland Wayne Brown berkata semua kakitangan FIFA dan pasukan bola sepak antarabangsa selamat.

Hari Khamis menandakan permulaan Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selama sebulan, yang dianjurkan bersama oleh New Zealand dan Australia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan