Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni menandatangi buku pelawat sebaik tiba di Hospital Sarikei dan kelihatan sama, Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab dan Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto: TVS.

Sarawak perlukan seramai 1,180 pegawai kesihatan – Lukanisman

SARIKEI, 20 Julai: Sekurang-kurangnya 1,180 pegawai diperlukan untuk berkhidmat di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, setakat ini sejumlah 2,742 pegawai merangkumi 1,581 orang adalah pegawai lantikan tetap dan 1,161 pegawai lantikan kontrak berkhidmat di negeri ini.

Namun begitu, beliau mengakui angka keseluruhan itu tidak dapat menampung kekurangan pengisian jawatan pakar-pakar di fasiliti berkenaan.

“Kekosongan ini akan diisi menjelang penghujung Julai dan seawal Ogos apabila terdapat pegawai lantikan kontrak yang telah mendapat lantikan tetap akan datang secara berfasa.

“Selain itu, kita juga menghadapi isu berkenaan tentang lantikan tetap apabila ada yang masih merayu untuk tidak datang ke Sarawak,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan ke Hospital Sarikei, di sini, pada Khamis.

Bagi mengatasi isu kekurangan pegawai di negeri ini, sehubungan itu beliau menasihati para pegawai yang sudah menerima perlantikan agar melapor diri terlebih dahulu supaya kementerian dapat mengenal pasti kekurangan atau terdapat lebihan tenaga kerja tersebut.

Pada masa sama katanya, ia juga memudahkan urusan berkaitan selain memastikan perlantikan mereka akan menjamin perkhidmatan yang terbaik.

“Saya mencadangkan di peringkat negeri, bagi yang berminat untuk bertugas berkhidmat di Sarawak, ataupun mana-mana rakan kita dari Sabah atau Semenanjung yang telah berkhidmat secara kontrak diberi satu keistimewaan agar mereka mendapat lantikan tetap.

“Ini termasuk mereka yang telahpun berkhidmat dua hingga tiga tahun dan juga berstatus kontrak wajar diberi keutamaan,” ujarnya.

Sehubungan beliau menyifatkannya sebagai langkah yang wajar untuk menarik minat mereka menyumbangkan khidmat selain sebagai tanda penghargaan kepada pegawai yang sedia ada. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan