Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UTS di Sibu, Sarawak merupakan antara IPTA yang menawarkan pelbagai program pengajian untuk lahirkan tenaga kerja profesional. Foto fail: Bernama.

Sabah, Sarawak dan Kalimantan disasar jadi hab pendidikan tinggi

JAKARTA, 20 Julai: Education Malaysia Global Services (EMGS) merancang untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Kalimantan di Indonesia sebagai hab pendidikan tinggi, kata pengerusinya Dr Abdul Razak Ahmad.

Beliau berkata EMGS bukan sahaja berminat membawa pelajar Indonesia ke Malaysia tetapi turut mempromosikan pelajar Malaysia untuk belajar di Indonesia.

Malaysia sedia terima lebih ramai pelajar Indonesia di universiti tempatan

“Kita juga mahu universiti di Indonesia beroperasi di Malaysia agar aspek perniagaan, ekonomi dan perdagangan negara ekonomi keempat terbesar di dunia dan sebagainya dapat dipelajari.

“Sebenarnya sangat pelik jika Indonesia tidak mempunyai universiti di Malaysia. Justeru, kehadiran universiti-universiti itu nanti akan membolehkan pelajar kita memahami betapa pentingnya Indonesia,” katanya kepada pemberita.

Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Dr Abdul Razak Ahmad. Foto: EMGS.

Abdul Razak berada di sini sempena lawatan kerja tiga hari Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Indonesia berakhir pada Selasa.

EMGS, sebagai organisasi yang menguruskan pergerakan pelajar antarabangsa di Malaysia, berusaha menarik pelajar di Kalimantan dan Sulawesi, Indonesia untuk menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk EMGS melihat potensi di kedua-dua kawasan yang jaraknya lebih dekat dengan Sabah dan Sarawak tetapi halangan terbesar adalah tiada kesalinghubungan (connectivity).

“Kita telah mulakan siri rundingan dengan beberapa syarikat penerbangan tambang rendah untuk mewujudkan ‘connectivity’ antara Kalimantan ke Sabah dan Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan