Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services – RAS) antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan di sini, pada Khamis. Foto: TVS

MoU Perkhidmatan Udara Luar Bandar tingkat kesalinghubungan penduduk luar bandar – Abang Johari

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 20 Julai : Memorandum Persefahaman (MoU) Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services – RAS) antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan merupakan titik permulaan usaha mengembangkan sektor pengangkutan udara di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau mengakui kepentingan MoU juga adalah meningkatkan kesalinghubungan antara penduduk luar bandar, termasuklah merealisasikan aspirasi Sarawak untuk menubuhkan penerbangan butik milik sendiri.

“Syarikat penerbangan yang kita bercadang untuk ambil alih nanti akan berfokuskan kepada aspek kemampanan serta menggunakan input mesra alam.

Saya percaya bahawa dengan kerjasama semasa antara Kerajaan Persekutuan dan nerajaan negeri ini, akan membawa kita semua bergerak ke hadapan bersama-sama manfaat seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services – RAS) antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan di sini, pada Khamis.

Turut hadir dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Abang Johari mendedahkan pengambilalihan itu sebagai pendekatan baharu yang memfokuskan inisiatif membangunkan ekonomi negeri ini dan tegas beliau bukan untuk pemilikan serta keuntungan semata-mata.

“Selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita, saya berkata kepada beliau bahawa saya ada dua syarat untuk pengambilalihan ini.

“Satu adalah sifar liabiliti dan MASWings mesti beri perkhidmatan luar daripada kepulauan Borneo juga. Dengan cara ini, kita akan ada pendekatan baharu untuk membangunkan ekonomi Sarawak.

“Mendapatkan (Pengambilalihan) MASWings bukan untuk kebanggaan kita semata-mata,  ia adalah untuk keperluan harian penduduk kita,” tegasnya.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan