Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Timbalannya Dato Gerald Rentap Jabu dalam sidang media di Merdeka Palace, Kuching pada Khamis. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak akan majukan Bangunan Pejabat Pos Besar setelah dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 20 Julai: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjadikan Pejabat Pos Besar Kuching sebagai sebuah bangunan bersejarah setelah dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan kelak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ketika ini rundingan sedang berlangsung.

Pejabat Pos Besar Kuching bakal jadi bangunan bersejarah | TVS

Kata beliau, pemulangan bangunan itu kepada Kerajaan Sarawak merupakan antara perincian untuk mengembalikan lot-lot tanah berdasarkan perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bangunan itu yang berada di bawah agensi Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan selama 20 tahun.

“Pos Malaysia telah diswastakan, oleh itu kerajaan negeri mempunyai hasrat membangunan bangunan bersejarah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Raptai Penuh Majlis Perarakan dan Perhimpunan sempena Kemerdekaan Sarawak ke-60 di Padang Merdeka di sini hari ini.

Ditanya mengenai cadangan pembangunan yang bakal dilakukan, Abdul Karim memberitahu, Kerajaan Sarawak mempunyai pelbagai perancangan.

“Kita akan membaik pulih untuk dijadikan sebuah galeri kebudayaan atau muzium, namun saya amat gembira setelah bangunan ini dikembalikan,” katanya.

Berhubung Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun pada Sabtu ini pula, Abdul Karim menasihatkan orang awam yang akan hadir supaya membuat perancangan pergerakan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan lalu – lintas.

Kata beliau, pelbagai program telah diatur termasuk persembahan oleh artis popular yang dijangka menarik kunjungan ramai.

“Kepada peminat mereka atau orang awam, saya nasihatkan supaya tidak parkir kenderaan berhampiran kawasan padang, mereka juga boleh datang secara carpool,” katanya.

Sempena sambutan berkenaan akan turut dilangsungkan Konsert Rakyat anjuran Majlis Seni Sarawak.

Antara artis yang akan membuat persembahan termasuklah kumpulan popular dari Indonesia, Ungu, Floor88, Dolla, dato Awie, Joe Flizzow dan ramai lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan