Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin serta delegasi kedua-dua kementerian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar diantara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Foto: TVS

Kerajaan Persekutuan teruskan subsidi MASWings operasikan RAS – Anthony

KUCHING, 20 Julai: Kerajaan Persekutuan akan terus menyediakan subsidi kepada MASWings bagi mengoperasikan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) selepas perjanjian subsidi terbabit berakhir pada hujung tahun 2024.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Foke berkata pemberian subsidi berterusan kepada MASWings itu merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkhidmatan udara di luar bandar di Sabah dan Sarawak berjalan dengan lancar.

Walaupun operasi MASWings bakal dikendalikan oleh Sarawak, menurut Anthony, pemberian subsidi berjumlah RM210 juta setahun untuk Sabah dan Sarawak tetap diteruskan selepas ia tamat pada penghujung tahun hadapan.

“Selepas ini kita akan menandatangani perjanjian baharu selepas Sarawak mengambilalih syarikat tersebut, satu perjanjian baharu akan dibincangkan dan kita akan meneruskan pejanjian tersebut untuk tahun 2025 dan seterusnya.

“Perjanjian sedia ada yang berakhir 2024 juga akan diteruskan sekiranya Sarawak mengambil alih syarikat penerbangan (MASWings) sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pegambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan di sini, pada Khamis.

Beliau dalam pada itu, berkata MoU tersebut merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kesinambungan RAS di Sarawak dan Sabah meskipun terdapat pertukaran dalam aspek pengoperasian syarikat penerbangan pengendali perkhidmatan tersebut.

Komitmen tersebut ujarnya merupakan sesuatu yang penting bagi kedua-dua belah pihak untuk terus bekerjasama demi manfaat rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“RAS adalah perkhidmatan yang amat diperlukan oleh penduduk di kawasan pedalaman khususnya di kawasan yang tiada laluan perkhidmatan lain selain daripada pekhidmatan udara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan