Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin serta delegasi kedua-dua kementerian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar diantara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Foto: TVS

Keputusan ambil alih saham MASWings diketahui tidak lama lagi – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Julai: Keputusan berhubung pengambilalihan saham syarikat penerbangan MASWings Sdn Bhd antara Kerajaan Sarawak dengan Khazanah Nasional Berhad akan diketahui tidak lama lagi, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau tawaran Kerajaan Persekutuan bertujuan untuk membenarkan syarikat penerbangan sendiri itu dikendalikan oleh kerajaan negeri.

MASWings: Proses pengambilan pegangan saham dalam perbincangan | TVS

“Bagi saya kita (kerajaan Sarawak) boleh mengambil alih syarikat MasWings dengan sokongan kerajaan Persekutuan.

“Rundingan ketika ini berjalan dengan lancar antara kerajaan Sarawak dengan pihak Khazanah Nasional Berhad mengenai butiran yang perlu apabila kita mengambilalih syarikat tersebut,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan di sini, pada  Khamis.

Menjelas lanjut beliau mendedahkan Kerajaan Sarawak menetapkan dua syarat utama untuk pengambilalihan saham syarikat berkenaan.

“Dua syarat yang ditetapkan Kerajaan Sarawak adalah MASWings tiada hutang dan MASWings bersedia membuka laluan antara wilayah menghubungkan Sarawak dengan Sabah dan Semenanjung selain laluan domestik.

“Kerajaan negeri tidak mengutamakan keuntungan semata namun lebih penting adalah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat termasuk menstabilkan harga tiket penerbangan antara Sarawak, Semenanjung dan Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia berhubung telah meneruskan subsidi perkhidmatan pengangkutan udara kepada Sarawak hingga 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan