KUCHING, 20 Julai: Sebuah kapal kargo dipercayai karam di kawasan perairan Pulau Burung di Sebuyau, tengah hari tadi.
Pengarah Maritim Negeri,Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus mengesahkan insiden itu berkata KM Kinabalu berada di lokasi untuk membantu aktiviti mencari dan menyelamat mangsa.
Menurutnya sembilan anak kapal iaitu empat rakyat warga Malaysia, seorang warga Indonesia dan empat warga Myanmar masih belum ditemukan.
“Aset Maritim Malaysia lain seperti bot Kilat dan aset uddar AS355N PGU PDRM telah diatur gerak ke lokasi untuk operasi pencarian mangia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menerima laporan berhubung kapal hilang daripada pemilik kapal kargo MV Tung Sung itu sekitar 9.40 pagi tadi.
Operasi tersebut turut dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan. -TVS