Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengambilalihan tiga entiti iaitu syarikat penerbangan MASWings, Pelabuhan Bintulu dan Affin Bank Berhad menggambarkan satu rangka persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak bagi tempoh jangka panjang. Foto Faitullah Morni (TVS).

Hampir 85,000 syarikat di Sarawak terlibat Banci Ekonomi 2023

KUCHING, 20 Julai: Hampir 85,000 syarikat dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Sarawak akan terlibat dalam Banci Ekonomi 2023.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak, Yusmizan Hat berkata, proses itu telah bermula 1 April lalu dan dijangka tamat pada 30 September ini.

Katanya, entiti perniagaan yang dibanci melibatkan semua sektor ekonomi antaranya pertanian, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta perkhidmatan.

Yusmizan Hat (tengah) ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak dan Media Kuching FC sempena sambutan Hari Statistik Malaysia 2023 di Padang C Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) di sini semalam. Foto: TVS.

“Di Sarawak, jumlah keseluruhan syarikat dan pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan yang dbanci ialah sebanyak 84,367,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir perlawanan bola sepak persahabatan antara Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak dan Media Kuching FC sempena sambutan Hari Statistik Malaysia 2023 di Padang C, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) di sini semalam.

Sebelum ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.

Berdasarkan maklumat awal, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan pertubuhan mikro adalah sebanyak 75.2 peratus, kecil 20.5 peratus, sederhana (1.6 peratus) dan besar 2.7 peratus.

Sementara itu Yusmizan berharap agar syarikat di Sarawak akan memberi kerjasama kepada pegawai banci di lapangan yang menjalankan kutipan data.

“Antara maklumat yang diperlukan termasuk bilangan pekerja, gaji selain nilai aset yang mana kesemua ini merupakan maklumat sulit,” katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui turut berdepan cabaran ketika melakukan proses banci.

“(Oleh itu) kaedah mendapatkan respons telah dipelbagaikan.

“Sekiranya (syarikat) masih enggan bekerjasama kita akan turun ke lapangan. Kita akan melakukan cubaan sebanyak tiga kali untuk mendapatkan respons daripada syarikat yang terlibat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan