Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulkipli (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) oleh Mohd Fazirul kepada Abdul Razak di Bilik Mesyuarat IPD Sibu hari ini. Foto: TVS

DSP Abdul Razak Ketua JSJ IPD Sibu baharu

SIBU, 20 Julai: Deputi Superintendan (DSP) Abdul Razak Musa menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Superintendan (ASP) Mohd Fazirul Mohd Fisol yang memangku jawatan tersebut selepas mantan Superintendan Mohd Irwan Hafiz dilantik sebagai Pegawai Turus D9, Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) Sarawak.

Majlis serah dan terima tugas tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu, pada Khamis.

Zulkipli dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada Mohd Fazirul yang telah memangku jawatan Ketua JSJ IPD Sibu dengan baik sekitar sebulan ini.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Mohd Fisol kerana telah melaksanakan tugas itu selama lebih kurang sebulan dan mengalu-alukan kedatangan Abdul Razak yang akan menjadi Ketua JSJ Sibu yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan JSJ Sibu di Bilik Mesyuarat IPD Sibu di sini, pada Khamis.

Menurutnya  Abdul Razak disifatkan sebagai seorang pegawai yang mempunyai pengalaman luas terutamanya dalam bidang penyiasatan.

“Beliau yang sebelum ini juga menyandang jawatan sama di IPD Kota Samarahan.  dan telah berkhidmat di Sarawak selama 26 tahun.

“Saya yakin beliau akan memberi perkhidmatan yang terbaik dalam bahagian penyiasatan terutamanya dalam memerangi kes-kes jenayah di Sibu.” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan agar pegawai dan kakitangan polis untuk terus menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di daerah ini terutama dalam memastikan kes-kes jenayah yang dilaporkan mendapat pengadilan yang terbaik.

“Saya menaruh harapan agar semua cawangan IPD Sibu dapat bekerjasama dalam memastikan ketenteraman dan keselamatan awam adalah terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Razak memohon tunjuk ajar daripada Zulkipli serta kerjasama daripada rakan-rakan sekerja untuk melancarkan tugasnya di tempat baharu. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found