Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, mengambil petunjuk daripada trajektori menaik Wall Street semalaman, didorong data pendapatan korporat yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa. Indeks utama dibuka 1.54 mata lebih kukuh pada 1,404.57.

Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada hari Rabu sempena cuti umum Awal Muharram.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas turut positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 215 berbalas 146, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,620 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 302.75 juta unit bernilai RM122.55 juta.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI dijangka kekal lembap untuk hari ini kerana pelabur kini menjangkakan satu lagi kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan minggu depan.

“Justeru, kami mengunjurkan indeks sekali lagi berlegar dalam julat 1,400-1,410 dalam situasi serantau yang bercampur-campur.

“Kami percaya beberapa aktiviti pengambilan untung terhadap saham perladangan mungkin muncul hari ini berikutan prestasi kukuh sektor berkenaan baru-baru ini dan harga minyak sawit mentah telah merosot kepada bawah RM3,900 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.79, Public Bank menambah satu sen menjadi RM3.97, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah untuk mencatatkan harga RM5.22 dan RM9.10 manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM5.82.

Bagi saham aktif, Classita dan Tanco kekal pada 23 sen dan 56.5 sen, MST Golf yang baharu disenaraikan menyusut lapan sen menjadi 73 sen, SIAB menambah 1.5 sen kepada 15 sen dan UEM Sunrise lebih tinggi satu sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.31 mata kepada 10,405.55, Indeks FBMT 100 mengembang 6.06 mata menjadi 10,084.70 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh  7.35 mata kepada 10,701.36.

Indeks FBM 70 mengukuh  27.19 mata kepada 13,926.21 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.56 mata kepada 5,373.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.24 mata kepada 15,667.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.09 mata menjadi 162.18, manakala Indeks Perladangan meningkat 23.91 mata kepada 6,945.55 dan Indeks Tenaga mengukuh 3.29 mata kepada 810.85.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan