Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APMM Zon Maritim Bintulu menahan tiga bot tunda beserta tiga tongkang di Pelabuhan Bitulu sekitar pukul 6.30 petang, Ahad lalu.

Tiga tongkang dikendali kru warga asing ditahan APMM Bintulu

ByTiana Azni

BINTULU, 19 Julai: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Bintulu menahan tiga tongkang yang sedang bersauh di antara satu sama lain berhampiran Pelabuhan Bintulu pada petang Ahad lepas.

Pengarah APMM zon berkenaan, Kapten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, kesemua tongkang itu yang dikendalikan oleh kru warga asing gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Saudagar.

Kata beliau, berdasarkan pemeriksaan, APMM mendapati ketiga – tiga tongkang itu berbuat demikian untuk berlindung daripada cuaca buruk.

“Tongkang itu dikendalikan oleh 31 kru yang terdiri daripada empat warga Indonesia dan 27 warga China yang berumur antara 20 hingga 53 tahun.

“Bagaimanapun kesemua mereka tidak ditahan kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap serta permit kerja daripada Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Mohd. Khairol Anuar memberitahu, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukan hukuman kompaun melebihi RM5,000 jika sabit kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan