Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri Yuji dan Asheu (kanan) yang merupakan penyanyi berasal dari Sabah berharap agar karya mereka terus diterima pendengar. Kredit: Asheu

Tidak sangka dijemput rakam lagu dengan penyanyi diminati

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Julai: Penyanyi indie, Asheu mendedahkan, dia tidak menyangka akan beroleh kesempatan untuk berduet bersama penyanyi sealiran yang diminatinya, Yuji.

Asheu, 21, berkata, peluang itu hadir menerusi lagu Tired yang telah dilancarkan pada 14 Julai lepas.

Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, kerjasama itu menjadi pengalaman menarik buat dirinya.

“Ini kerana lagu berkenaan mempunyai pengertian tersendiri, ia bukan sekadar lagu kerana turut menitipkan pesan dan mahu memberi motivasi kepada pendengar.

“Sekiranya anda berasa penat dan tidak bersedia untuk menghadapi hari, dengarkanlah lagu ini, kami mahu mendorong pendengar menjadi lebih kuat,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Sementara itu Yuji berkata, Tired merupakan lagu yang mengajar pendengar supaya ‘tidak lari’ apabila berdepan masalah dalam hidup.

“Sudah menjadi perkara lumrah apabila akan ada hari tertentu, kita berasa sangat penat dan mahu lari namun tidak boleh berbuat demikian.

“Anda harus mencari jawapan dan menghadapinya, tidak kiralah seperit mana dugaan itu,” katanya.

Berhubung kerjasama dengan Asheu pula, Yuji menyifatkan penyanyi itu sangat berbakat selain mempunyai perwatakan dan idea menarik yang memudahkan kerjasama mereka.

“Apabila kami masuk studio untuk merakam Tired, Asheu mampu selesaikan dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

Sementara itu, Asheu berkata, lagu itu pada mulanya disalah anggap sebagai lagu untuk filem Spider-Man: Across The Spider-Verse namun perkara itu tidak benar.

Sementara itu, Asheu dan Yuji menaruh harapan agar karya mereka akan terus diterima oleh peminat muzik.

Setakat Isnin lepas, lagu terbitan Adriel Seet dan Daniel Lang ini telah didengari sebanyak 121, 251 kali di laman Spotify dan mendapat tontonan sebanyak 58,030 di Youtube. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan