Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol memberi taklimat kepada ketua-ketua kontinjen Perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka semasa raptai di Padang Merdeka, Kuching, hari ini. Foto: Saibi Gi (TVS)

Pelancong asing dijangka hadir Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka – Abdullah

ByConnie Grace

KUCHING, 19 Julai: Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, di sini pada Sabtu depan dijangka akan turut dihadiri oleh pelancong asing.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Koporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, beliau dimaklumkan sekumpulan pelancong luar serta rakyat Sarawak di luar bandar teruja untuk menyaksikan acara bersejarah itu.

“Ini kerana buat kali pertama kita menganjurkan sambutan secara besar- besaran berbanding skala kecil sebelum ini,” katanya kepada TVS hari ini.

Terdahulu, Abdullah hadir di Padang Merdeka untuk meninjau persiapan sambutan berkenaan.

Sambutan Sarawak Merdeka raih perhatian pelancong luar | TVS

Sementara itu, Abdullah berkata, bagi memeriahkan lagi sambutan, orang ramai juga dijemput hadir pada 22 Julai ini kerana penganjur menyediakan pelbagai pengisian acara menarik.

“Selain perarakan, Konsert Rakyat akan berlangsung pada malam 22 Julai manakala persembahan kapal berhias dijadualkan pada 29 Julai,” kata beliau.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab untuk sambutan berkenaan turut memuji komitmen ditunjukkan oleh peserta veteran yang menyertai perarakan.

“Sambutan ini sangat bermakna buat mereka kerana kita turut meraikan perjuangan dan pengorbanan orang lama yang memberi sumbangan besar untuk membina Sarawak yang ada pada hari ini,” katanya.

Seramai 3,000 peserta dijangka menyertai perarakan berkenaan yang melibatkan 60 kontinjen pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Selain itu beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA), persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta masyarakat pelbagai etnik di Sarawak turut mengambil bahagian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan