Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang mendakwa dipukul oleh senior baru-baru ini. Foto Envato.

Operasi buru along, polis tahan tujuh warga tempatan

ByDayu Adruce

KUCHING, 19 Julai: Tujuh individu warga tempatan diberkas kerana disyaki terlibat kes khianat dengan api terhadap mangsa pinjaman wang tanpa lesen atau along.    

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, siasatan awal mendapati suspek telah menerima upah untuk membakar dan membaling cat merah ke rumah mangsa melalui tawaran kerja di media sosial dengan pembayaran upah berjumlah RM1,500.

Mohd Azman memberitahu pihaknya telah menerima satu laporan berhubung mangsa melaporkan bahawa telah menerima kiriman video rumah miliknya di Kota Samarahan telah dibakar melalui pesanan di aplikasi WhatsApp. 

“Kesemua tangkapan telah ditahan reman selama tujuh hari mulai tarikh 17 Julai 2023 dan polis juga kini sedang giat mengesan rangkaian sindiket along tersebut untuk siasatan lanjut.

 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Azman Ahmad Sapri

“Terdapat tiga lagi kejadian yang melibatkan kedai perabot dan rumah mangsa yang telah disimbah cat merah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, ujarnya sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 436/507, dan 427/507 Kanun Keseksaan.  

Jelasnya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan boleh dijatuhkan hukuman dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20tahun dan denda.  

Manakala Seksyen 427 Kanun keseksaan katanya, boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih  dari 5 tahun dengan denda atau kedua-dua.  

Bagi Seksyen 507 Kanun Keseksaan pula katanya, boleh membawa hukuman penjara selama 2 tahun. 

Tambahnya lagi, orang awam dimohon untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mustapha Ramli di talian 019-8145090. 

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat agar tidak terpedaya dengan mana-mana tawaran pinjaman wang dari mana-mana media sosial ataupun iklan daripada pemberi pinjaman wang tanpa lesen. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan