Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tersangkut pada ketinggian kira-kira 20 meter di atas sebatang pokok di Jalan Todak, Seberang Jaya di Butterworth semalam. Foto: JBPM

Lelaki kurang siuman tersangkut pokok setinggi 20 meter

BUTTERWORTH, 19 Julai: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang tersangkut pada pokok setinggi 20 meter berjaya diturunkan dengan selamat di Jalan Todak, Seberang Jaya di sini pada Selasa.

Insiden itu disedari orang ramai yang melihat lelaki itu memanjat dahan pokok yang dianggarkan setinggi bangunan tiga tingkat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Khairul Nizam Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Ujarnya, sebaik tiba pada pukul 8.21 pagi, lelaki tersebut didapati berada di atas pokok dalam keadaan tidak berpakaian.

“Bomba menggunakan tangga untuk menurunkan mangsa dan lelaki itu berjaya diturunkan semula dalam keadaan baik.

“Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan wakil Kementerian Kesihatan sebelum operasi ditamatkan pada pukul 9.36 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan