Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghulu Jamil (lima kiri) ditemani Mahmud (dua kiri) bersama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baitul Iman Daerah Limbang pada Program Zikir Marhaban. Foto: TVS.

LAKIL komited hidupkan budaya zikir marhaban

LIMBANG, 19 Julai: Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIL) Limbang komited untuk mempertahankan budaya zikir marhaban dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam di Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baitul Iman Daerah Limbang, Penghulu Jamil Bakar berkata, bagi tujuan itu, Program Zikir Marhaban yang diadakan di masjid berkenaan sejak 10 tahun lalu akan diteruskan.

Kata beliau, sepanjang penganjuran, program itu sentiasa mendapat sambutan luar biasa.

“Sekiranya aktiviti ini dihentikan, ia akan melenyapkan salah satu daripada budaya yang menjadi identiti dalam kalangan orang Melayu dan Islam Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Program Zikir Marhaban sempena Sambutan Tahun Baharu Islam Maal Hijrah di sini hari ini.

Turut hadir, Bendahari LAKIL Mahmud Amit.

Mengulas lanjut, Jamil berkata zikir marhaban sering diadakan pada majlis perkahwinan dan keraian di kampung.

“Selain itu, program zikir marhaban itu juga diadakan ketika menyambut kedatangan bulan Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Program Zikir Marhaban, Wahid Mahmud memberitahu, seramai 250 orang ahli zikir lelaki dan wanita dari 18 buah kampung menyertai program hari ini.

“Ini menyaksikan penglibatan ahli zikir paling ramai pada program seperti ini di Sarawak,” katanya. -TVS 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan