Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang petugas kereta api berkenaan turut cedera dalam kejadian petang tadi. Foto Polis Semarang, Indonesia.

Kereta api rempuh lori rosak, cetus kebakaran

ByTVS

JAKARTA, 18 Julai: Seorang pekerja cedera dalam kejadian kereta api merempuh sebuah lori di persimpangan Madukoro, Semarang, Jawa Tengah lewat petang tadi.

Rempuhan pada pukul 19.32 waktu Indonesia itu melibatkan kereta api KA 112 (KA Brantas) di laluan Pasar Senen ke Blitar.

Saksi mendakwa, berlaku letupan kuat sejurus pelanggaran berlaku manakala lori itu terseret sejauh 50 meter ke jambatan berhampiran.

Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berkata, siasatan mendapati lori itu mengalami kerosakan ketika melintas laluan berkenaan.

“Pemandu lori cuba memberitahu pengawal laluan mengenai masalah dihadapi namun kereta api sudah terlalu hampir dan melanggar lori itu,” katanya.

Beliau memberitahu, petugas kereta api itu pula mengalami kecederaan selepas terjun daripada pengangkutan itu.

Kata beliau, kebakaran berjaya dipadamkan manakala PT Kereta Api Indonesia (KAI) sedang berusaha memulihkan laluan berkenaan yang terjejas. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan