Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Foto Bernama.

Fahmi bentang lima bukti M’sia kini di kedudukan lebih baik di bawah Kerajaan Perpaduan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membentangkan lima bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan yang lebih baik sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkongsi Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua) yang menggariskan bukti terbabit iaitu ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8 peratus.

“Jumlah pelaburan ke Malaysia meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022,” menurutnya dalam hantaran itu hari ini.

Fahmi berkata selain itu, kadar inflasi negara semakin rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama dan 3.6 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 3.7 peratus dan 4.2 peratus, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.

Beliau berkata Indeks Kebebasan Akhbar juga bertambah baik dari tangga ke-113 pada tahun lepas ke tangga ke-73 bagi 2023 manakala kedudukan Daya Saing Dunia naik lima anak tangga kepada ke-27 tahun ini berbanding ke-32 pada tahun lepas.

“Terbukti dalam tempoh hanya tujuh bulan, Kerajaan Perpaduan telah mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik. Insya-Allah, lima pencapaian ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi baharu pada masa depan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan