Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta di Kampung Nanga San, Jalan Sri Aman-Lubok Antu hari ini. Foto: JBPM Zon 3.

Bomba temui mayat rentung dalam kereta terbakar di Sri Aman

SRI AMAN, 19 Julai: Satu mayat rentung ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta yang terbakar di Kampung Nanga San, Jalan Sri Aman-Lubok Antu, dekat sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3 Sri Aman, Sarawak, Penguasa Bomba Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, mayat itu ditemukan selepas sepasukan anggota bomba melakukan operasi memadamkan kebakaran kenderaan itu yang musnah sepenuhnya.

Kata beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 pagi.

“Setelah kebakaran berjaya dipadam, pasukan mengesan satu mayat rentung yang belum dikenal pasti identiti di tempat duduk pemandu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada pukul 12.40 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitendan (DSP) Mathew Manggie ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperolehi,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan