Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Yusof Apdal berucap pada satu majlis di Kota Belud, Sabah semalam. Foto Facebook Yusof Apdal.

Sabah, Sarawak perlu pejabat penghubung KPT dengan masyarakat – Timbalan Menteri

ByBernama

SANDAKAN, 18 Julai: Sabah dan Sarawak memerlukan cawangan atau pejabat penghubung antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan masyarakat di kedua-dua negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata beliau akan membangkitkan perkara itu untuk pertimbangan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bagi memudahkan masyarakat di kedua-dua negeri berurusan mengenai pendidikan di peringkat universiti awam.

“Ini tertakluk kepada keperluan. Kita akan membuat kajian sesuaikah kita mewujudkan satu cawangan sebagai penghubung KPT dengan masyarakat.

“Saya juga mendengar keluhan masyarakat mengatakan mereka susah berhubung dengan kementerian kerana tiada penghubung itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.

Mohammad Yusof juga berkata fakulti itu boleh mengembangkan program pertaniannya agar mampu menarik pelancong ke daerah ini.

Beliau berkata selari dengan usaha pertanian lestari, UMS boleh menggunakan kawasan sedia ada dengan program bagi menarik pelancong seperti zoo yang mempunyai kaitan dengan kajian haiwan serta buah-buahan komersial mengenai proses penanaman dan pertumbuhannya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan