Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi taklimat berkaitan kerja naik taraf jalan Igan-Oya diadakan di Pejabat Daerah Kecil Igan. Foto: TVS.

RM17.5 juta naik taraf Jalan Igan-Oya

MUKAH, 18 Julai: Orang ramai yang melalui Jalan Igan-Oya bakal menikmati perhubungan yang lebih selesa apabila Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM17.5 juta untuk menaik taraf laluan sepanjang 12.5 kilometer itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Intergriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, projek itu akan mengambil masa selama 12 bulan bermula 5 Julai 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada 4 Julai tahun depan.

Naik taraf Jalan Igan-Oya siap Julai 2024 | TVS

Skop projek katanya, melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan premix standard-R3 Jabatan Kerja Raya (JKR) menghubungkan daerah Kecil Igan dan daerah Kecil Oya.

“Kerja-kerja naik taraf ini pasti akan menganggu sedikit keselesaan pengguna yang melalui laluan itu. Namun, saya menasihatkan agar mereka bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya supaya projek ini berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu juga menasihatkan kontraktor yang diamanahkan supaya menjalankan kerja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, projek itu merupakan bukti kesungguhan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya demi manfaat dan keselesaan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng.

“Seperti yang diketahui jalan Igan Oya, mengalami beberapa kekurangan yang perlu dinaik taraf dan apabila siap sepenuhnya nanti, laluan ini bukan sahaja lebih selesa tetapi juga selamat kepada semua pengguna.

“Sehubungan itu, saya mewakili penduduk Igan dan Matu ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan kerajaan GPS yang sentiasa serius untuk menaik taraf kemudahan awam terutama di kawasan luar bandar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan