Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusri Azmi (kiri), Azezi Salus dan Dulip Singh (kanan) ketika ditemui TVS semasa mengikuti Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 Tahun Bahagian Kota Samarahan, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Peserta Konvoi Kembara Sarawak Merdeka terpegun dengan jaringan jalan raya

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 18 Julai: Sarawak menyaksikan banyak perubahan setelah 60 tahun merdeka, terutama melibatkan infrastruktur dan kemudahan asas.

Misalnya, infrastruktur jalan raya yang semakin menunjukkan kemajuan berbanding era 90-an.

Perkara itu dapat dilihat semasa Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 Tahun yang melalui jalan raya.

Kebanyakan para peserta menyifatkan kemajuan jalan raya di Sarawak merupakan suatu perkara yang boleh dibanggakan rakyat negeri ini.

Seorang peserta, Dulip Singh, 63, yang ditemui ketika mengikuti konvoi dari Kota Samarahan ke Simunjan mengakui berpuas hati dengan kemudahakan jalan raya di negeri ini.

“Saya dah menggunakan motosikal berkuasa tinggi selama 11 tahun, jadi saya telah banyak melihat perkembangan jalan raya di seluruh Sarawak.

“Minggu lepas, saya ke Sabah ikut konvoi tetapi jalan di situ tidak secantik di Sarawak. Dari segi infrastruktur jalan raya, saya memang sangat-sangat berpuas hati,” katanya.

Konvoi itu yang bermula di Lawas menyaksikan ia kini kian menghampiri ke penghujungnya apabila tiba di lokasi terakhir di Kuching.

Turut senada, Yusri Azmi, 43, yang menyifatkan terdapat kemajuan ketara melibatkan jalan raya lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.

“Kalau nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini, jalan raya yang ada pada masa kini agak bagus ditambah pula dengan adanya Pan Borneo dan kemudahan asas lain bagi rakyat di sekitarnya yang amat baik sekali.

“Sepanjang berkonvoi dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, saya amat berpuas hati dengan kemajuan yang ada sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Azezi Salus, 59, beliau menyifatkan penganjuran Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 tahun merupakan platform terbaik bagi pemimpin untuk turun padang merasai denyut nadi rakyat terutama sekali mendengar masalah melibatkan infrastruktur jalan raya yang memerlukan penambaikan dan penyelengaraan.

“Bagi saya, pemimpin yang mengikuti konvoi ini akan memahami dari segi jalan raya yang perlu dibaiki.

“Maknanya perlu ada penambahbaikan sebab dia berjumpa dengan ketua kampung, ketua masyarakat, pegawai daerah dan rakyat.

“Apabila pemimpin turun padang, mereka akan mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi rakyat,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan